PROSES MENJAHIT KEBAYA NYONYA....

Hello hello hye !! 

Fly to the new entry .. dimana sy akan menceritakan mengenai prose2 utk membuat baju kebaya nyonya.. 

Fabrik..

Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya dinamakan kasa rubia. Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan adalah daripada jenis yang bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya.



Langkah pertama untuk membuat kebaya ialah mengambil ukuran badan si pemakai. Rajah berasaskan ukuran badan disurih pada fabrik dan lima bahagian penting dipotong, dua untuk lengan, dua untuk panel depan dan satu untuk panel belakang. Dua potongan panel depan biasanya dipotong terus menjadi sua bahagian untuk memberi ruang di bahagian dada dan menyerlahkan potongan tirus kebaya. Baki kain yang agak lebar ditinggalkan pada bahagian-bahagian yang akan disulam.





Potongan kain disambung dengan jahitan yang dinamakan ketuk lubang. Jahitan unik menebuk kain pada jarak yang sama. Jahitan ketuk lubang yang paling bermutu tinggi dilakukan dengan begitu sempurna. Hanya pemeriksaan yang rapi akan memperlihatkan kehalusan lubang-lubang halusnya.


Sketches Of  Kebaya

Sulaman pada kebaya biasanya menggabungkan corak bunga, lakaran atau geometri, menggunakan jahitan satin, jahitan zigzag, jahitan lubang butang dan jahitan tebuk lubang.
Sudah pasti teknik ini memerlukan tusukan jarum berulang kali pada kain kasa. Ada kalanya jahitan lurus biasa membingkai motif utama untuk menyerlahkan garis bentuk sulaman. Untuk memberikan ilusi realiti selanjutnya, benang sama warna dengan tahap kecerahan dan kegelapan yang berlainan digunakan.
Jahitan zigzag dan jahitan lubang butang digunakan untuk corak seperti sarang labah-labah pada kasa yang menyediakan rangka bagi corak kerawang yang rumit. Fabrik di celah sulaman kerawang ini, juga dikenali sebagai sulaman richelieu, dipotong bagi mewujudkan lubang-lubang yang menambah sentuhan kecantikan dan keanggunan kebaya.
Sebagai peraturan, Nyonya memakai kebaya kosong dengan hanya sulaman biku di tepinya bila menguruskan kerja-kerja rumah, agar tidak mengotori kebaya yang lebih cantik dan menarik. Kebaya basahan ini lazim diperbuat daripada kasa bercorak petak-petak, jalur atau bintik-bintik, yang selesa dan menarik dipakai dalam kehidupan sehari-hari. Barang kemas dan aksesori juga sekadarnya.

INSPIRATION

Assalamualaikum...

Hye hye hello people !!

im came back ,

today, nak cerita pasal inspirasi  dari kebaya nyonya ...

ok dari post yg sblm ni kan  da tunjuk pasal sketch tu dan minggu ni kte teruskan jer dengan idea yg telah di proceed,,

ok la from kebaya , kite jadikan dia seperti kimono ..

mari kite lihat gmbar2 inspirasi ,,, ayuhhh ..








 ok,..i ini adalah contoh2 inspirasi dari kimono yang akan dijahit oleh saya dengan menggunakan serba sedikit motof dari kebaya nyonyaaa...  

Pakaian kimono adalah berasal  dari negara Jepun, tetapi kini telah byk diubah suai atau diguna pakai oleh golongan lain pula ,,,

Dengan menggunakan pelbagai motif dan material ia akan menjadikan kimono itu kelihatan lebih menarik ..

Mari kite sama2 tunggu dan lihat hailnye yee ,, he :) tq 4 visiting .

My Sketches

Hye people !! 

Welcome again , n again n again . Hari ini sudah minggu ke 10 pengajianku pada semester 4 ini di Uitm Shah alam , 4 weeks left !! N today tiba la masa nye utk  ak pula  untuk terus menjalankan tugas ' Final Project' utk subject ini . 


Sketches....

Setelah mengkaji dan melihat pelbagai jenis kebaya nyonya, kini yanie mungkin mengolahkan dengan idea-idea lain. Contohnye adalah seperti  menukar rupa bentuk, warna, jenis kain  dr kebaya nyonya yang asalnye . 

Mari kita lihat .....
(maaf kalau sketches buruk. ) hehe 





Ini adalah sumber inspirasi saya daripada cardigen , Cardigen adalah untuk dijadikan sebagai sarung luar pada kaum lelaki ataupun wanita. Tapi sketches saya ini fokuskan utk kaum wanita . Ia semakin popular dan semakin lama ia dijadikan seperti trends. Dengan menggunakan kain chiffon sepenuhnya dan juga boleh menggunakan kerongsang pada bahagian hadapan. Ia sedikit sebanyak menyerupai kebaya nyonya.
Materials: chiffon




Sketches ke dua saya ini adalah sumber inspirasi dari peplum. Ia mempunyai kolar tegak, berlengan panjang, berbelah dan berbutang dan mempunyai peplum di bhg pinggang itu, 
Materials: cotton , satin.





Sketches ketiga ini adalah sama seperti kebaya nyonya yg lain. Cuma kebaya ini berlengan pendek. Mempunyai butang bulat pada bahagian tengahnya. Menggunakan kain lace sepenuhnya.
Materials: Kain lace




Sketches keempat ini pula berinspirasikan daripada kimono Jepun. Dengan menggunakan fabrik lembut spt satin supaya ia mudah utk membentuk dan menggunakan fabrik yg bercorak flora seperti kebaya utk dijadikan seperti riben . Bahagian depan lebih pnjg dr bhg blkg. 
Materials: Satin, printed fabric.





Sketches kelima ini adalah kebaya kebaya labuh dengan menggunakan kain batik sepenuhnya.
Materials: kain batik

Fabrik of Kebaya Nyonya






Hello hello hye people !!
Sy harap anda semua sihat baik baik saja k di luar sana tu,,
ok la today Yanie nk story about jenis-jenis fabrik yg boleh diguna pakai untuk Kebaya Nyonya.
Entry sblm ni Yanie telah kenalkan anda2 semua mengenai fabrik Kasa Rubia kan.. ok la hari ni Yanie nk kenalkan dgn pelbagai lagi jenis fabrik yg boleh dipakai utk dijadikan Kebaya Nyonya.


1 st :

Kain Kebaya Lace atau Brokat

Kain brokat yang glamor ini memang banyak digunakan sebagai bahan kebaya. Brokat terbaik diproduksi oleh negara Prancis, namun sekarang India dan Indonesia pun sudah mampu memproduksi dengan kualitas cukup bagus. Dengan berbagai macam aplikasi tambahan yang dapat menyemarakan kebaya , seperti payet dan beads, maka sekarang kita tak perlu lagi membeli kain brokat yang mahal. Pola-pola brokat masih berkisar pada motif floral dan masih jarang yang menggunakan motif abstrak. Untuk anak muda, sangat disarankan agar berani bereksperimen dengan aneka tekstur baru dan motif abstrak.


Kain Lace

Kain Lace

Kain Lace

Kain  Brokat 

Kain Organdi
Kain Lace


2nd :


Kain Kebaya Organza atau Organdi
Organdi mempunyai tekstur soft , shiny , tapi boleh menahan bentuknya dan sesuai untuk menimbulkan kesan volume atau puffy . Tekstur dan warnanya memberi kesan mahal dan sesuai untuk busana pesta atau pakaian
Kain Organdi
3rd:

Kain Kebaya Silk dan Sutera

Sutera ada dua jenis yang pertama adalah serat alam dari kepompong ulat sutera dan satu lagi adalah sutera buatan. Kerana sifatnya yang sangat lembut dan tahan lama, sutera menjadi pilihan untuk aneka macam fesyen. Kini pada kain sutera sudah banyak diaplikasikan corak batik tradisional.



Kain Tafeeta
Kain Silk Stretch Satin


 Kain Sutera


4th:

Kain Kebaya Chiffon

Chiffon adalah bahan yang sangat lembut, halus, telus, dan jatuh mengikuti bentuk badan. Kerana Sifatnya yang menurut bentuk tubuh, kain ini tidak disyorkan untuk digunakan oleh orang yang berbadan gemuk. Kain ini juga sangat sesuai untuk digunakan sebagai selendang, veil, atau pelengkap kebaya lainya.



Kain Chiffon

5th:

Kain Kebaya Tulle

Dulu kain ini hanya dipakai oleh pengantin atau penari ballet, namun kini kain kebaya ini sudah sering digunakan sebagai kombinasi untuk busana yang lebih moden, misalnya untuk aksen di bahagian leher, pergelangan tangan, dan hujung-hujung baju. Biasanya aksen dilakukan dengan cara mengerutkan kain agar terkumpul di satu kawasan tertentu.

Kain Tulle





Kain Tulle

6th :

Kain kebaya Tenun/Sarung
Indonesia sememangnya kaya dengan aneka macam kain tenunan dari berbagai daerah, seperti kain tapis lampung, songket dari palembang, Ulos dari batak, dan sebagainya. Masing-masing jenis kain tenunan mempunyai keunikan tersendiri. Menggabungkan kebaya dengan aneka jenis kain tenunan akan membuat penampilan kita anggun, etnik, dan menarik.



Kain Songket 


Kain Songket 

Koleksi Kebaya Nyonya




Kebaya Nyonya Pink - KNP511



Kebaya nyonya adalah salah satu fesyen pakaian yang tak pernah lapuk ditelan zaman. Dengan design yang menarik, padanan warna dan pelbagai motif, digayakan pula dengan kain pareo dan juga kain batik kembang payung, ditambah dengan kerongsang tiga berantai, memang membuatkan seseorang itu bertambah ayu ketrampilannya. Setuju tak? Selain digayakan dengan kain pareo dan kain batik kembang payung, dewasa ini ramai yang menggayakan kebaya nyonya dengan jeans, skirt, skirt labuh, seluar dan sebagainya mengikut kesesuaian dan keselesaan si pemakai. 

Disini saya tnjukan beberapa contoh Baju Kebaya yang menggunakan kain kasa rubia dengan bersulam dan bermotifkan flora. 



Kebaya Nyonya Pink - KNP507
Kebaya Nyonya Pink 


Kebaya Nyonya Biru 



Kebaya Nyonya  Hijau 



Kebaya Nyonya  Kuning


Kebaya Nyonya  Merah

 Kebaya Nyonya  Hitam


Kebaya Nyonya Putih


Kebaya Nyonya  Ungu



ok la adik- adik abg-abg kakak-kakak diluar sana ini adalah sebahagian baju kebaya nyonya dengan pelbagai warna dan motif. Baju kebaya ini kebiasanya digayakan dan dilengkapkan dengan pelbagai jenis kain , Dan ini adalah contoh-contoh jenis kain yang berpadanan, Just  look n see :)


Kain Batik Selisih Khaleeja BSK08

Kain Batik Selisih Khaleeja

Kain Batik Selisih Khaleeja BSK09
                                                        
                                                          Kain Batik Selisih Khaleeja



Jenis-jenis Baju kebaya


Hye !! entry kali ni kite byk mengenai jenis 2 baju kebaya  mengikut negeri . LUPAKAN sebentar mengenai baju kebaya saya yg sedang ditempah . Hanya sebentar n we will back soon ! he

ok la ,, Setiap negeri terdapat baju kebaya jenis masing-masing dan mempunya sejarah yg tersendiri , Mari kita lihat ........ :)


Baju Belah Kebaya Panjang (Johor)

Menurut Portal rasmi kerajaan Negeri Johor, walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, pada acara majlis, mereka hadir dengan memakai kebaya sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.

Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Bezanya, ia berbelah dan berpesak di hadapan baju, biasanya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi.

Baju belah kebaya panjang terkenal di Melaka, Perak, Selangor, Kedah serta Perlis. Ia kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’.

Tradisi itu berkembang menjadi kebaya dan direka dengan potongan bahagian tangan lebih panjang, berpesak lurus di depan, berkekek serta dada berbelah yang di tutup dengan kancing atau kerongsang tiga.




Kebaya Panjang (Labuh)


Kebaya Panjang  Sari (Labuh) 


Kebaya Kota Bharu

Ia dikenali sebagai Kebaya Kota Bharu kerana secara tradisinya dipakai wanita di Kota Bharu dan Kelantan. Beza antara kebaya ini dengan yang lain adalah rekaan di bahagian depan dada baju kebaya berkenaan.

Bahagian depannya mempunyai kancing, sama seperti kebaya di Pulau Jawa terutama di kota Bandung yang di panggil Kebaya Kutu Baru.

Kebaya Nyonya Kota Bharu 


Kebaya Riau-Pahang

Di Pahang pula, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau-Pahang atau dipanggil kebaya Turki. Perbezaannya menerusi rekaan leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang.

Namun, bahagian depannya berbelah seperti baju kebaya yang lain, malah turut dipasang dengan kerongsang di bawah kancingnya.
Kebaya Riau-Pahang

Kebarung

Ia gabungan singkatan perkataan baju kebaya dan baju kurung. Busana yang berasal dari Selangor sangat popular dan diminati pada awal 90-an.


Kebaya Chitty

Sama seperti wanita Selat atau Nyonya Cina, kaum India Chitty juga mempunyai kebaya. Perbezaannya ia dipakai oleh Peranakan India dan Cina.

Kebaya Chitty lebih menggunakan bahan legap berbanding kebaya Nyonya yang gemar menggunakan kain separa telus. Kebaya Chitty ada yang ditambah sulaman halus atau kosong.


Kebaya lain

Selain kebarung, Selangor juga mempunyai kebayanya sendiri. Kebaya Selangor tidak mempunyai kolar. Kebaya di Pulau Pinang popular dengan kebaya Nyonya.

Selain itu, ada kebaya daripada kaum Jawi Peranakan iaitu kaum India Muslim yang menghasilkan kebaya menggunakan kain renda dihiasi sulaman labuci berbeza.

Ada juga yang menggunakan kain sari untuk dijadikan kebaya. 

Kebaya Nyonya Selangor

 
Kebaya Nyonya Kain Renda


 
KEBAYA NYONYA © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Buy Dofollow Links! =) , Lastminutes and Ambien Side Effects