MOOD BOARD :)

HelloHelloHye.. 
haaa ,pasti ramai tertanye2 apa itu moodboard ? ha , jap jap !!  tak payah google, meyh sini yani terangkan apa itu moodboard ?? 

MOODBOARD !

moodboard ni lebih kpd gmbar je ! , just tampal tampal gmbar2 yg berkaitan dan tampal lah dia dgn molek dan kreatif ,, haa,,

Ni adalah cth moodboard yg yanie buat utk kebaya nyonya ni .
1...
2...
3......




taraaaaa!!!!!! 
 ni adalah moodboard yg sudah berjaya yanie hasilkan dan di asses oleh lacture , Puan Siti Hernida, alhamdulilaah ,, 

just bubuh gmbar2 yg telah dicarik , lekat dan susun molek2 ikut ke kreativiti masing2 ,, maaaf if  xseberapa nk kreatif . hihi ,,, 


dan yanie juga bgi contoh2 sample of fabrik , supaya kita boleh pilih fabrik yg bersesuaian utk dijadikan baju ... 

haaaa....seeee  next blog ya !!! ... 

yanie akn terangkan proses2 mnjahit kimono nyonya by Izyani Ishak :)

tq 4 reading it , tq :)

INOVATION OF KEBAYA NYONYA!!

hye hye ...
Hello hello hye everyone ... seperti yg sedia kala maklum ,kebaya nyonya yang yanie heboh  hebohkan sebelum ni da boleh dipakai, da boleh digayakan , huhu ,, yeaayy syukur alhamdulilaahhh ,, 
BUT!!! ,, bukan itu sahaja . slps di selesai projek kebaya nyonya itu , yanie pula diberi tugas untuk menginovasikan kebaya nyonya itu. .. 


haaaa... cube tekaa ,, apa yg boleh kita inovasiikan dari kebaya itu?? mampukah anda berfikir sejenak ?? 
hihih maaf jika mengganggu fikiran2 anda sekalian .

huhu haaaaa ,, inilah dia idea yg yanie telah dpt dr kebaya nyonya .. 

TARAAAA !!!!!



Ini adalah kimono2 .. haaa.. lawa tak ?? ada x lebih kurang mcm kebaya? ada kann ,,, mari kita inovasikan dia dari kimono biasa menjadi kimono nyonyaa ,, haaa ,,, see yaa !! mari kita lihat hasilnye !! tq 4 reading people:)

 

hye im back !


Hello Hello Hye ,..
 lama sudah tidak bersua ,, huarghhh dek kerana busy yg melmpau membuatkan ku tidak berkesempatan na mengupdate blog. huhu soo sadd.. 


today , i nak storry kan sepanjang perjalanan yg semasa menyepi selama ni.


Still ingt kebaya nyonya? still ingt ?? haaaaaa... baju kite da siap tawww. hukhukhukhuk 


excitedd nyer, so people ni lah KEBAYA NYONYA pendek !

Kebaya Nyonya Pendek bermotigkan bunga dan berkain batik 

Full set of  kebaya 

Bajet2 jer gmbar, huuhu

Pndangan dari sisi 
ok laaa.. gmbar sume selfie . hik hik ., ni sbb excited terus tgkp gmbar lps try dlm fitting room , so.. baju saya sudah siap sudah boleh digayakan, anda ble lg ? berkenan ? PM me! i will i introduce to Puan Noraini at Bangi, just tell her what of kind u wear u want n she want fullfil it. interested right ? huhu ,. 

tq 4 reading people ,, keep it touch :)

PROSES MENJAHIT KEBAYA NYONYA....

Hello hello hye !! 

Fly to the new entry .. dimana sy akan menceritakan mengenai prose2 utk membuat baju kebaya nyonya.. 

Fabrik..

Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya dinamakan kasa rubia. Kain tenunan kosong ini jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan adalah daripada jenis yang bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya.



Langkah pertama untuk membuat kebaya ialah mengambil ukuran badan si pemakai. Rajah berasaskan ukuran badan disurih pada fabrik dan lima bahagian penting dipotong, dua untuk lengan, dua untuk panel depan dan satu untuk panel belakang. Dua potongan panel depan biasanya dipotong terus menjadi sua bahagian untuk memberi ruang di bahagian dada dan menyerlahkan potongan tirus kebaya. Baki kain yang agak lebar ditinggalkan pada bahagian-bahagian yang akan disulam.





Potongan kain disambung dengan jahitan yang dinamakan ketuk lubang. Jahitan unik menebuk kain pada jarak yang sama. Jahitan ketuk lubang yang paling bermutu tinggi dilakukan dengan begitu sempurna. Hanya pemeriksaan yang rapi akan memperlihatkan kehalusan lubang-lubang halusnya.


Sketches Of  Kebaya

Sulaman pada kebaya biasanya menggabungkan corak bunga, lakaran atau geometri, menggunakan jahitan satin, jahitan zigzag, jahitan lubang butang dan jahitan tebuk lubang.
Sudah pasti teknik ini memerlukan tusukan jarum berulang kali pada kain kasa. Ada kalanya jahitan lurus biasa membingkai motif utama untuk menyerlahkan garis bentuk sulaman. Untuk memberikan ilusi realiti selanjutnya, benang sama warna dengan tahap kecerahan dan kegelapan yang berlainan digunakan.
Jahitan zigzag dan jahitan lubang butang digunakan untuk corak seperti sarang labah-labah pada kasa yang menyediakan rangka bagi corak kerawang yang rumit. Fabrik di celah sulaman kerawang ini, juga dikenali sebagai sulaman richelieu, dipotong bagi mewujudkan lubang-lubang yang menambah sentuhan kecantikan dan keanggunan kebaya.
Sebagai peraturan, Nyonya memakai kebaya kosong dengan hanya sulaman biku di tepinya bila menguruskan kerja-kerja rumah, agar tidak mengotori kebaya yang lebih cantik dan menarik. Kebaya basahan ini lazim diperbuat daripada kasa bercorak petak-petak, jalur atau bintik-bintik, yang selesa dan menarik dipakai dalam kehidupan sehari-hari. Barang kemas dan aksesori juga sekadarnya.

INSPIRATION

Assalamualaikum...

Hye hye hello people !!

im came back ,

today, nak cerita pasal inspirasi  dari kebaya nyonya ...

ok dari post yg sblm ni kan  da tunjuk pasal sketch tu dan minggu ni kte teruskan jer dengan idea yg telah di proceed,,

ok la from kebaya , kite jadikan dia seperti kimono ..

mari kite lihat gmbar2 inspirasi ,,, ayuhhh ..








 ok,..i ini adalah contoh2 inspirasi dari kimono yang akan dijahit oleh saya dengan menggunakan serba sedikit motof dari kebaya nyonyaaa...  

Pakaian kimono adalah berasal  dari negara Jepun, tetapi kini telah byk diubah suai atau diguna pakai oleh golongan lain pula ,,,

Dengan menggunakan pelbagai motif dan material ia akan menjadikan kimono itu kelihatan lebih menarik ..

Mari kite sama2 tunggu dan lihat hailnye yee ,, he :) tq 4 visiting .

My Sketches

Hye people !! 

Welcome again , n again n again . Hari ini sudah minggu ke 10 pengajianku pada semester 4 ini di Uitm Shah alam , 4 weeks left !! N today tiba la masa nye utk  ak pula  untuk terus menjalankan tugas ' Final Project' utk subject ini . 


Sketches....

Setelah mengkaji dan melihat pelbagai jenis kebaya nyonya, kini yanie mungkin mengolahkan dengan idea-idea lain. Contohnye adalah seperti  menukar rupa bentuk, warna, jenis kain  dr kebaya nyonya yang asalnye . 

Mari kita lihat .....
(maaf kalau sketches buruk. ) hehe 





Ini adalah sumber inspirasi saya daripada cardigen , Cardigen adalah untuk dijadikan sebagai sarung luar pada kaum lelaki ataupun wanita. Tapi sketches saya ini fokuskan utk kaum wanita . Ia semakin popular dan semakin lama ia dijadikan seperti trends. Dengan menggunakan kain chiffon sepenuhnya dan juga boleh menggunakan kerongsang pada bahagian hadapan. Ia sedikit sebanyak menyerupai kebaya nyonya.
Materials: chiffon




Sketches ke dua saya ini adalah sumber inspirasi dari peplum. Ia mempunyai kolar tegak, berlengan panjang, berbelah dan berbutang dan mempunyai peplum di bhg pinggang itu, 
Materials: cotton , satin.





Sketches ketiga ini adalah sama seperti kebaya nyonya yg lain. Cuma kebaya ini berlengan pendek. Mempunyai butang bulat pada bahagian tengahnya. Menggunakan kain lace sepenuhnya.
Materials: Kain lace




Sketches keempat ini pula berinspirasikan daripada kimono Jepun. Dengan menggunakan fabrik lembut spt satin supaya ia mudah utk membentuk dan menggunakan fabrik yg bercorak flora seperti kebaya utk dijadikan seperti riben . Bahagian depan lebih pnjg dr bhg blkg. 
Materials: Satin, printed fabric.





Sketches kelima ini adalah kebaya kebaya labuh dengan menggunakan kain batik sepenuhnya.
Materials: kain batik

Fabrik of Kebaya Nyonya






Hello hello hye people !!
Sy harap anda semua sihat baik baik saja k di luar sana tu,,
ok la today Yanie nk story about jenis-jenis fabrik yg boleh diguna pakai untuk Kebaya Nyonya.
Entry sblm ni Yanie telah kenalkan anda2 semua mengenai fabrik Kasa Rubia kan.. ok la hari ni Yanie nk kenalkan dgn pelbagai lagi jenis fabrik yg boleh dipakai utk dijadikan Kebaya Nyonya.


1 st :

Kain Kebaya Lace atau Brokat

Kain brokat yang glamor ini memang banyak digunakan sebagai bahan kebaya. Brokat terbaik diproduksi oleh negara Prancis, namun sekarang India dan Indonesia pun sudah mampu memproduksi dengan kualitas cukup bagus. Dengan berbagai macam aplikasi tambahan yang dapat menyemarakan kebaya , seperti payet dan beads, maka sekarang kita tak perlu lagi membeli kain brokat yang mahal. Pola-pola brokat masih berkisar pada motif floral dan masih jarang yang menggunakan motif abstrak. Untuk anak muda, sangat disarankan agar berani bereksperimen dengan aneka tekstur baru dan motif abstrak.


Kain Lace

Kain Lace

Kain Lace

Kain  Brokat 

Kain Organdi
Kain Lace


2nd :


Kain Kebaya Organza atau Organdi
Organdi mempunyai tekstur soft , shiny , tapi boleh menahan bentuknya dan sesuai untuk menimbulkan kesan volume atau puffy . Tekstur dan warnanya memberi kesan mahal dan sesuai untuk busana pesta atau pakaian
Kain Organdi
3rd:

Kain Kebaya Silk dan Sutera

Sutera ada dua jenis yang pertama adalah serat alam dari kepompong ulat sutera dan satu lagi adalah sutera buatan. Kerana sifatnya yang sangat lembut dan tahan lama, sutera menjadi pilihan untuk aneka macam fesyen. Kini pada kain sutera sudah banyak diaplikasikan corak batik tradisional.



Kain Tafeeta
Kain Silk Stretch Satin


 Kain Sutera


4th:

Kain Kebaya Chiffon

Chiffon adalah bahan yang sangat lembut, halus, telus, dan jatuh mengikuti bentuk badan. Kerana Sifatnya yang menurut bentuk tubuh, kain ini tidak disyorkan untuk digunakan oleh orang yang berbadan gemuk. Kain ini juga sangat sesuai untuk digunakan sebagai selendang, veil, atau pelengkap kebaya lainya.



Kain Chiffon

5th:

Kain Kebaya Tulle

Dulu kain ini hanya dipakai oleh pengantin atau penari ballet, namun kini kain kebaya ini sudah sering digunakan sebagai kombinasi untuk busana yang lebih moden, misalnya untuk aksen di bahagian leher, pergelangan tangan, dan hujung-hujung baju. Biasanya aksen dilakukan dengan cara mengerutkan kain agar terkumpul di satu kawasan tertentu.

Kain Tulle





Kain Tulle

6th :

Kain kebaya Tenun/Sarung
Indonesia sememangnya kaya dengan aneka macam kain tenunan dari berbagai daerah, seperti kain tapis lampung, songket dari palembang, Ulos dari batak, dan sebagainya. Masing-masing jenis kain tenunan mempunyai keunikan tersendiri. Menggabungkan kebaya dengan aneka jenis kain tenunan akan membuat penampilan kita anggun, etnik, dan menarik.



Kain Songket 


Kain Songket 

Koleksi Kebaya Nyonya




Kebaya Nyonya Pink - KNP511



Kebaya nyonya adalah salah satu fesyen pakaian yang tak pernah lapuk ditelan zaman. Dengan design yang menarik, padanan warna dan pelbagai motif, digayakan pula dengan kain pareo dan juga kain batik kembang payung, ditambah dengan kerongsang tiga berantai, memang membuatkan seseorang itu bertambah ayu ketrampilannya. Setuju tak? Selain digayakan dengan kain pareo dan kain batik kembang payung, dewasa ini ramai yang menggayakan kebaya nyonya dengan jeans, skirt, skirt labuh, seluar dan sebagainya mengikut kesesuaian dan keselesaan si pemakai. 

Disini saya tnjukan beberapa contoh Baju Kebaya yang menggunakan kain kasa rubia dengan bersulam dan bermotifkan flora. 



Kebaya Nyonya Pink - KNP507
Kebaya Nyonya Pink 


Kebaya Nyonya Biru 



Kebaya Nyonya  Hijau 



Kebaya Nyonya  Kuning


Kebaya Nyonya  Merah

 Kebaya Nyonya  Hitam


Kebaya Nyonya Putih


Kebaya Nyonya  Ungu



ok la adik- adik abg-abg kakak-kakak diluar sana ini adalah sebahagian baju kebaya nyonya dengan pelbagai warna dan motif. Baju kebaya ini kebiasanya digayakan dan dilengkapkan dengan pelbagai jenis kain , Dan ini adalah contoh-contoh jenis kain yang berpadanan, Just  look n see :)


Kain Batik Selisih Khaleeja BSK08

Kain Batik Selisih Khaleeja

Kain Batik Selisih Khaleeja BSK09
                                                        
                                                          Kain Batik Selisih Khaleeja



 
KEBAYA NYONYA © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Buy Dofollow Links! =) , Lastminutes and Ambien Side Effects